hari ni saya akan senaraikan beberapa kerat pantun untuk anda semua....<3
harap-harap anda semua berpuas hati dengan pantun ini.
pantun buat guru & sahabat....
no.1) dalam semak ada duri,
ayam kuning buat sarang,
orang tamak selalu rugi,
bagai anjing dan bayang.
no.2) tasik Aru airnya tenang,
tempat melihat si burung undan,
jasa guru tetap di kenang,
selagi hayat dikandung badan.
no.3) merenung langit di kala senja,
mengharap fajar akan menjelma,
padamu tuhan kupanjatkan doa,
persahabatan ini subur selamanya.
no.4) indah sungguh bunga di taman,
di susun orang buat ucapan,
inginku selam hatimu teman,
begitu sukarnya mencari jawapan.
no.5) teh manis rasanya manis,
teh tawar tanpa gula,
pedih hati seakan teriris,
melihat sahabat sedang terluka.
sila klik untuk tonton video pantun 4 kerat ini.--->